Pembebel Seksi
Tiada Deskripsi

Dunia Memang Kecil

June 6th, 2009 by Alan Marz

http://www.rachelodowd.co.uk/images/corp/Logos/smallworld.jpg

Dunia Memang Kecil?Itulah kata-kata yang tidak pernah muncul dalam hidup aku,tetapi semalam kata-kata itu memang betul.Begini kisahnya,sekarang aku sedang belajar di salah sebuah universiti swasta dan menetap di asrama dan telah mengenali seorang perempuan yang sangat lawa.Banyak perempuan lain yang lawa di Universiti tersebut,tetapi dia ini lain sedikit.

Okay lah,berbalik kepada topik.Semalam,sebelum aku menghadiri kelas untuk Proficiency English . Aku dan rakan lelaki aku bertolak dari asrama, rakan perempuan aku pula belum lagi siap, jadi rakan lelaki aku terpaksa pergi awal atas urusan tertun.Aku terpaksa menunggu rakan perempuan aku selama lebih kurang 30 min.Ya, memang lama.Selepas menunggu sekian lama,akhirnya rakan perempuanku telah sampai.Tiba-tiba aku disapa oleh seorang perempuan yang boleh tahan lawa, menanyakan “Eh, you kan yang pergi salon hari tuh?” .Sebelum itu, kami pernah berjumpa tapi tidak menegur.Apa lagi, aku berborak sakan dengan dia.

Semasa sedang berjalan di dalam menuju ke Universiti, tiba-tiba dia memberitahu dia sedang merindui teman lelakinya.Teman lelaki si dia kini sedang bercuti di luar negara.Dalam hati aku, “Adeeh dah ada boyfriend plak,melepas aku” .Tapi tak pe.Kebetulan dia juga mengambil kursus yang sama dengan aku,aku punyalah gembira.Duduk sebelah si dia membuatkan hatiku berdebar-debar.Cewah poyo plak aku(haha).

Selesai mendengar bebelan penyarah,aku dipelawa oleh si dia untuk berkaraoke bersama dia malam semalam.Hatiku semakin rancak.Perasaan yang penuh gelora(poyo lagi).Aku balik ke asrama,mandi,pakai baju lawa,spray minyak wangi,betulkan rambut(konon2 hensem).Hatiku semakin bergelora(apahal la aku ni poyo sangat.haha)

Malam yang ditunggu sudah tiba, aku menunggu si dia di salah sebuah restoran di asrama.Dahlah aku ada RM 5 jer.Memang kelang kabut aku nak pinjam duit kat rakan-rakan aku,tapi semua hampeh.Last minute, aku terjumpa seorang ‘bidadari’ yang sanggup meminjamkan aku duit.Hati aku lega.

Jeng jeng jeng,si dia telah pun sampai ke restoran tersebut.Memang lawa!Aku terpegun dengan dia.Kemudian kami bercadang untuk berkaraoke di salam sebuah pusat beli belah.Tetapi atas sebab-sebab tertentu, kami batalkan niat kami.

Lain yang dirancang, lain yang jadi.Tapi tak pe,yang yang jadi itulah yang membuatkan aku kenal si dia dengan lebih rapat.Aku mempelawa si dia berjalan-jalan di luar area asrama, dia setuju.Kami memang sangat mesra seperti sudah 10 tahun kenal padahal kami baru sahaja kenal beberapa jam yang lepas.Borak punya borak, dia meminta untuk melihat telefon bimbit aku.Usha punya usha, dia gelak sorang-sorang.Aku macam “Asal you gelak?” .Baru aku tahu, masa si dia tengah melihat gambar-gambar aku di dalam telefon bimbitku, si dia ternampak satu gambar yang aku letak di MySpace. Rupanya aku pernah hubungi si dia di MySpace, tetapi aku tidak dilayan.Memang gelak sakan kami.

Gelak punya gelak, sampailah kami ke MCD.Lepak di sana sampai pukul 7 pagi.Ya, aku tidak tidur seharian.Selepas lepak, aku kemas-kemas barang aku untuk pulang ke rumah aku pada pukul 8.30 pagi.

Ini antara satu pengalaman aku di Universiti.Sudah tentu banyak lagi yang aku ingin ceritakan nanti.Nantikan.

Related Posts with Thumbnails

Posted in Rawak

blog comments powered by Disqus