Pembebel Seksi
Tiada Deskripsi

Aku Benci (9) : Tarian Shuffle.

November 6th, 2009 by Alan Marz

Pertama sekali aku ingin meminta maaf kepada shuffler sekalian(Kalau anda sedang menbaca).Sekarang ni ramai orang menari tarian shuffle (tarian gelabah/kelang kabut/pelik),iaitu satu tarian yang aku amat benci.Ramai penari tersebut dibawah usia 18 tahun dan ramai juga rempit mula terjebak dengan tarian shuffle tersebut.Aku  merasa jengkel melihat golongan itu menari tanpa memahami apa yang mereka lakukan.

Aku lebih suka dengan tarian breakdance kerana mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan bukan semua orang boleh melakukannya.Ya, aku akui tarian ini bagus untuk kesihatan(keluarkan peluh), tapi banyak juga aspek negatif yang aku dapat dari tarian sampah tersebut.

1.Sungguh menjelkelkan apabila tempat awam digunakan sebagai tempat menari tarian shuffle.Jika anda pergi ke kawasan Bukit Bintang berdekatan dengan McDonald’s golongan ini boleh dijumpai disana.Pernah sekali aku nampak budak sekolah shuffle di dalam tandas awam dan LRT.

2.Pakai baju kugiran hardcore, tapi shuffle tepi jalan.

3.Pergi ke gig-gig di sekitar Kuala Lumpur dan mula shuffle di depan kugiran yang sedang membuat persembahan.

4.Aku yakin mereka melakukan tarian ini bukan kerana mereka cintakan tarian itu sendiri, tetapi hanya untuk kelihatan kool, kononnya.

5.Membazir wang untuk membeli baju kumpulan masing-masing.

6.Pakai seluar seakan-akan polis trafik dan mungkin dan mungkin pelancong asing ingat polis trafik Malaysia ponteng kerja dengan menari di tepi jalan.

Akhir sekali, mungkin aku perlu kurangkan perasaan benci aku terhadap tarian shuffle tersebut, ini bukan bermaksud aku menyebelahi mana-mana pihak, tapi tarian ini jika diteliti dengan betul konsepnya dan juuga idea asalnya adalah merupakan satu bentuk ekspersi diri oleh sebahagian individu yang diadaptasikan dalam bentuk seni tarian.Apa yang aku benci ialah, jika seni disalahkangunakan terutama di negara kita seperti tarian shuffle oleh remaja-remaja Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Posted in Aku Benci

  • sangat agree with this post.rasa macam nak pergi kat budak2 yg shuffle tu & tanya "apa masalah diri kau?"haha..
    nice entry.
  • hahhha,lawakkelakarseram,sume siap.aku pon turut membencinya alan.duduk dkat bb tu ramai jadi sampah,takde maruah ke diorang tu?
  • "6.Pakai seluar seakan-akan polis trafik dan mungkin dan mungkin pelancong asing ingat polis trafik Malaysia ponteng kerja dengan menari di tepi jalan."

    buat gua tergelak sampai nak terberak, haha!
    shuffle ni kejap je, tak lame lagi ilang la dak dak ni sume,
  • Alan Marz
    skang no dah tektonik plak -__-"
  • betul tu alan. budak-budak telah menyalahgunakan tarian tu sendiri.
    penah ke kita tengok orang mosh tepi jalan? ta penah kan.eish, shuffler. poser. ;DD
  • Alan Marz
    eh bukan ke hari tuh ko shuffle depan aku?ha ha
blog comments powered by Disqus